About Me

My photo
SAYA SEORANG FULL TIME PRIVATE PRACTITIONER YANG MEMPUNYAI KLINIK PERGIGIAN SENDIRI YANG BEROPERASI 6 HARI SEMINGGU DI KANTHAN CHEMOR PERAK.WAKTU URUSAN:SABTU-KHAMIS DAN CUTI UMUM 10 AM-8PM DAN JUMAAT CUTI.FREE DENTAL CHECK UP&CONSULTATION.SEMUA RAWATAN DISEDIAKAN TERMASUK IMPLAN DAN COSMETIC DENTISTRY.SEMUA PADA HARGA YANG BERPATUTAN.SAYA DI SINI ADALAH UNTUK MEMBANTU ANDA DAN BERKONGSI SERBA SEDIKIT PENGETAHUAN.JADIKAN DOKTOR GIGI SAHABAT ANDA..!!LET US MAKE U SMILE!!!

Saturday, June 12, 2010

DENTIST?TAKUTNYA...

Salam....lamanya tinggalkan blog ni..terasa rindu pulak,maklumlah terlalu sibuk dengan urusan kerja dan menguruskan anak sampai masa berlalu pun terlalu pantas rasanya..teringat satu kisah dahulu semasa saya bersama anak teruna yang belum pun menjangkau usia 2 tahun..kadang2 dek kerana terlalu rushing ke tempat kerja atau terlalu kesiankan anak yang terpaksa tinggal lama dengan pengasuh sehingga sehari suntuk,saya akan bawa anak ke tempat kerja..Untungnya ada pembantu yang boleh tengokkan anak semasa saya ada pesakit...dan anak saya ni juga ramah dengan pesakit yang datang terutamanya kanak-kanak..
Kadang2 dek kerana keramahan si kecil yang bertanya itu ini kepada pesakit,mereka akan tersenyum gelihati walaupun ramai yang menganggap bilik rawatan gigi adalah sangat menakutkan..itulah,kadang2 pesakit hanya perlukan sedikit terapi psikologi di bilik rawatan supaya ketakutan mereka hilang...seharusnya apabila pesakit melangkah ke dalam bilik rawatan lagi kita perlu wujudkan suasana mesra dengan ucapan selamat pagi atau mulakan bicara seperti"dah makan ke belum?"...pertanyaan yang sedikit itu memberi seribu makna kepada pesakit bila mana mereka terasa seperti kita begitu mengambil berat tentang mereka..ilmu ini bukan boleh dikuasai sehari dua tetapi pengalaman diperolehi akan membantu kita untuk menjadi doktor yang lebih friendly!!!

Monday, February 8, 2010

TERJATUH SEMASA BERMAIN:GIGI TERCABUT!

Senarionya begini: Anak anda yang berumur 10 tahun telah terjatuh semasa bermain dan gigi depannya tercabut.Kejadian tersebut baru saja berlaku 5 minit lalu dan anda terjumpa gigi yang tercabut itu lalu dibalut dengan sehelai tisu.Serta merta anda membawa anak anda berjumpa doktor gigi.
Perkara ini sebenarnya selalu terjadi.
Pernahkah anda terfikir gigi yang tercabut itu sebenarnya masih boleh dimasukkan semula ke tempat asalnya?Beberapa perkara yang perlu diketahui oleh dentist seperti;
UMUR:INI AKAN MENENTUKAN SAMA ADA GIGI ITU KEKAL ATAU GIGI SUSU(JIKA GIGI SUSU TIDAK PERLU REPLANT SEMULA)
KEADAAN GIGI:MASIH KEADAAN BAIK ATAU ADA SEBAHAGIAN YANG PATAH ATAU TERKONTAMINASI DENGAN KOTORAN DAN SISA .KERANA PERMUKAAN AKAR GIGI SEHARUSNYA BERSIH DARIPADA KEKOTORAN SEBELUM PROSES IMPLAN SEMULA
Berikut adalah panduan untuk ibu bapa jika ingin menyelamatkan gigi anak anda yang tercabut:
1.PASTIKAN GIGI YANG TERCABUT ITU DALAM KEADAAN BASAH-simpan dalam cawan berisi susu segar atau suruh anak kebam dalam mulut(anak dahla sakit,camne nak simpan gigi dalam mulut lagi kan?)tapi ada sebabnya kerana berjayanya sesuatu rawatan bergantung juga kepada berapa banyak ligamen periodontal yang masih melekat pada akar gigi kerana ligamen itu berfungsi menyembuhkan gigi selepas proses implan semula .kajian menyatakan yang ligamen periodontal akan survive jika di simpan dalam:
AIR PAIP-15 MINIT SAHAJA(tidak digalakkan)
AIR LIUR-30 MINIT
SUSU SEGAR-60 MINIT
2.BERSIHKAN KOTORAN YANG KELIHATAN-lalukan pada running water untuk 10saat(maksimum) untuk membersihkan akar gigi.Sebaiknya gigi dipegang pada bahagian korona dan bukan bahagian akarnya.Gunakan cotton wool yang steril untuk bersihkan kotoran yang susah dikeluarkan tetapi jangan skrub,hanya dabbed.
3.JIKA MAMPU,TERUS IMPLANKAN SENDIRI-lagi cepat bertindak lagi bagus tetapi selalunya kita ni kurang confident atau kadang2 kita sendiri dah panik.caranya,masukkan kembali gigi ke soketnya dengan tekanan yang lembut tapi tepat.Pastikan level gigi sama dengan gigi sebelah.Jika tidak boleh,segera berjumpa doktor gigi.
4.SEGERA BERJUMPA DOKTOR WALAUPUN GIGI TELAH SELAMAT DIIMPLANKAN SEMULA-ini penting untuk pemeriksaan semula dan rawatan susulan.

Keadaan ini jarang berlaku kerana selalunya ibu bapa kurang pengetahuan..tapi pernah ada ibu bapa yang call dulu bertanya macamana nak handle gigi yang tercabut ni dan saya akan terangkan melalui telefon seterusnya membantu menyelamatkan gigi tersebut daripada dibuang begitu saja..Kan rugi,gigi yang dah hilang takkan ada gantinya lagi!!

ORTHODONTIK:BILAKAH SEBAIKNYA DIMULAKAN?

Orthodontik(Pendakap gigi) ialah sejenis rawatan yang bertujuan membaiki susunan gigi yang tidak teratur supaya dapat mencapai keadaaan paras muka yang lebih berseri dan membantu pengunyahan serta memudahkan untuk pembersihan gigi.
Bila patut mula?Pada peringkat umur 10-14 tahun(sebaiknya semua gigi kekal telah tumbuh untuk applians tetap).Tetapi adakalanya perlu dilakukan lebih awal bergantung kepada keadaan.
Apa yang menyebabkan seseorang itu memerlukan rawatan ortodontik?
1)Keturunan.Saiz dan posisi rahang yang tidak normal.cth;jongang
2)Tabiat buruk.cth:menghisap jari,puting,sering menjelir lidah
3)Masalah Ruang.cth:cabutan gigi susu yang terlalu awal kerana kerosakan gigi dan cabutan gigi kekal yang tidak diganti dengan gigi palsu atau tanpa mantainer

PENGALAMAN DR GIGI WANITA DAN KLINIK PERTAMANYA

SALAM PERKENALAN...
ANDA SELESA DENGAN DOKTOR GIGI WANITA ATAU LELAKI?TEPUK DADA TANYA SELERA..SEBETULNYA SESEORANG AKAN SELESA DENGAN SESIAPA SAHAJA YANG MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG MEMUASKAN TIDAK KIRA DOKTOR LELAKI ATAU PEREMPUAN,YANG CANTIK ATAU YANG HENSEM,YANG KECIL ATAU YANG TINGGI..
MENGIKUT PENGALAMAN SENDIRI,KANAK-KANAK PULA LEBIH SUKAKAN DOKTOR PEREMPUAN SEBAB DIUMPAMAKAN SEPERTI IBU MEREKA YANG BAIK,CARING DAN MESRA...
BERCAKAP TENTANG KANAK2,KONSEP KLINIK SAYA IALAH MESRA KANAK-KANAK,,ADA MAINAN DAN BUAIAN KECIL,,SANGAT SESUAI UNTUK KANAK-KANAK HINGGA USIA 12 TAHUN..SEBAB PENJAGAAN KESIHATAN GIGI BERMULA DARIPADA ZAMAN KANAK-KANAK..PENDEDAHAN AWAL SANGAT PENTING SUPAYA MEREKA TIDAK FOBIA PADA KLINIK GIGI..SEBAB ITU SAYA PASTIKAN SUASANA KLINIK MESRA KANAK2..
ORANG KATA KANAK2 MEMANG LECEH...TAPI BAGI SAYA SESIAPA PUN SAMA SAHAJA ASALKAN KITA SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK DAN SENTIASA MESRA..PENGALAMAN BEKERJA DI HOSPITAL PSIKIATRIK DALAM TEMPOH YANG LAMA SEBELUM INI SANGAT BANYAK MEMBANTU...MEREKA JUGA UMPAMA KANAK2 YANG PERLUKAN PERHATIAN DAN ADAKALANYA MEMANG MENUNTUT KESABARAN YANG BUKAN SEDIKIT..DAN SEMUA PENGALAMAN BERGUNA ITU SAYA BAWA DAN BERUNTUNG SANGAT KERANA TAK SEMUA ORANG MERASA PENGALAMAN SEPERTI ITU!!!